NASIHAT BUAT TEMAN-TEMAN

  • Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik lena dibuai mimpi.
  • Orang yang bijak akan mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
  • Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
  • Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama.
  • Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan dan yang mana satu kawan.
  • Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
  • Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
  • Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
  • Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
  • Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
  • Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
  • Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian

 

Reader Comments